Ismail Sabri Kekal Calon Perdana Menteri BN – Ahmad Zahid

Ismail Sabri Kekal Calon Perdana Menteri BN – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 7 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi keputusan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan kekal sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan tersebut memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahmad Zahid berkata walaupun Ismail Sabri tidak memegang jawatan paling tinggi parti, itu bukan isu yang perlu diperbesarkan.



“Ini kerana proses memilih Perdana Menteri bukan hanya terletak kepada keputusan parti politik tetapi kita harus menghormati kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong yang boleh melantik mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat (Seri Paduka) baginda mempunyai sokongan majoriti di dewan tersebut,” kata presiden UMNO itu.

Penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian kepada media di kediamannya di Kampung Sungai Nipah Darat di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas dakwaan bahawa satu undi kepada BN bersamaan satu undi untuk Ahmad Zahid menjadi Perdana Menteri dan isu itu dijadikan modal pembangkang semasa berkempen PRU15.

Ahmad Zahid berkata pembangkang akan menggunakan apa sahaja isu yang boleh memberi kemenangan kepada mereka.



“Apa yang penting BN perlu melepasi jambatan sokongan daripada rakyat dan cukup jumlah kerusi (Parlimen) untuk BN membentuk kerajaan, itu kita berikan keutamaan,” katanya.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata Ismail Sabri kekal dinamakan sebagai ‘poster boy’ BN pada PRU15 dan calon Perdana Menteri, dengan pendirian gabungan berkenaan berhubung perkara itu tidak berubah sekiranya BN menang pilihan raya. – BERNAMA

Ismail Sabri Kekal Calon Perdana Menteri BN – Ahmad Zahid

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’



Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker