Empat Keahlian UMNO Gugur Tanding Parti Lawan, Jawatan Di Bahagian Dipangku Timbalan

Empat Keahlian UMNO Gugur Tanding Parti Lawan, Jawatan Di Bahagian Dipangku Timbalan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan berkaitan pengguguran keahlian empat ahli UMNO, yang didapati telah mencalonkan diri bagi bertanding mewakili parti lawan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 selepas proses penamaan calon diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu lalu.

Katanya menerusi satu kenyataan media hari ini, empat ahli berkenaan ialah Datuk Zahidi Zainul Abidin yang bertanding sebagai calon bebas bagi kawasan Padang Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim (Parlimen Arau), Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (Parlimen Maran) dan Datuk Azhar Ahmad bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis.

“Pengguguran keahlian keempat-empat mereka ini adalah selaras dengan Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO,” katanya.

Jelas beliau Fasal tersebut dengan jelas menyebut ‘Seseorang ahli yang menang bertanding dan meninggalkan parti, atau bertanding sebagai calon bebas atau parti lawan dalam pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri akan gugur keahlian dengan sendirinya’.

Justeru katanya, dengan pengguguran keahlian ini, jawatan mereka di peringkat UMNO Bahagian akan dipangku oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang berkenaan.

“UMNO juga ingin menegaskan, beberapa ahli lain termasuk mereka yang dilihat mengiringi keempat-empat calon berkenaan semasa proses penamaan calon yang boleh disifatkan sebagai menyokong calon parti lawan kini sedang dalam proses siasatan sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya lagi. – UMNO Online

Empat Keahlian UMNO Gugur Tanding Parti Lawan, Jawatan Di Bahagian Dipangku Timbalan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker