Banyak kenyataan berbeza, Anwar dan Rafizi tidak sehaluan

Bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein hari ini enggan mengulas mengenai unjuran dibuat Rafizi Ramli mengenai peluang PH yang boleh memenangi antara 13 dan 15 kerusi di Johor.

Hal itu kerana Hishammuddin berpendapat wujud perbezaan jangkaan di antara Rafizi – yang juga timbalan presiden PKR – dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Justeru, calon BN untuk parlimen Sembrong itu menggesa dua pemimpin tertinggi PKR berkenaan mencari kata sepakat terlebih dahulu.



Perbezaan itu, menurut Hishammuddin, membayangkan wujud suasana tanpa persefahaman di antara kedua-dua ahli politik terbabit.

“Anwar kata (PH boleh menang) 100 kerusi seluruh negara, Rafizi pula kata 80 (kerusi).

“Dia (Rafizi) dengan Anwar pun tak nampak ada persefahaman,” katanya kepada media semasa ditemui di Kampung Baru Grisek di Pagoh, Johor hari ini.

Semalam Rafizi semasa berceramah menyatakan jangkaannya bahawa PH mampu memenangi antara 13 hingga 15 kerusi parlimen Johor pada PRU yang dijadual 19 Nov ini.



Rafizi juga menyatakan PH boleh memnengai 10 daripada 11 kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan.

Secara keseluruhan calon PH untuk kerusi parlimen Pandan itu mampu memenangi 80 kerusi di seluruh negara, berdasarkan tinjauan yang dijalankan syarikat penyelidikannya, Invoke Malaysia (Invoke).

Buat apa nak jawab

Bagaimanapun pada minggu lalu Anwar berkata, PH boleh memenangi 100 kerusi dan dia turut memetik keputusan kaji selidik Invoke. Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua mereka merujuk kepada kaji selidik yang sama atau sebaliknya.



Kata Hishammuddin, di antara Anwar dan Rafizi memang ada sejarah perbezaan pandangan yang panjang dan ia memang diketahui ramai.

“Saya nak mengingatkan mereka bahawa perlu ada kata sepakat sedikit, 100 atau 80 (kerusi)?

“Kalau dia (Rafizi) kata 15, apa kata Anwar?”

“Saya nak tengok adakah perkiraan mereka sama atau tidak. Kalau mereka berdua tak boleh selesaikan (perbezaan itu), buat apa saya jawab?” katanya.



Hishammuddin juga mendakwa Rafizi cenderung mengambil nama untuk ramalannya yang menjadi kenyataan apabila sebaliknya, ia akan dibiarkan agar dilupakan orang ramai.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker