Lelaki Myanmar ditahan rogol kekasih bawah umur

Lelaki Myanmar ditahan rogol kekasih bawah umur

Seorang lelaki warga Myanmar ditahan selepas dipercayai merogol perempuan, difahamkan kekasihnya yang berusia 14 tahun, kata Ketua Polis Daerah Marang Mohd Zain Mat Dris.

Beliau berkata, pihaknya menahan suspek berusia 30 tahun itu di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan di Marang, Terengganu pada 2.10 petang semalam.



Katanya, penahanan suspek dibuat susulan laporan diterima pihaknya daripada keluarga mangsa yang dibuat pada Ahad lepas, menurut laporan Harian Metro.

Zain berkata, daripada hasil soal siasat awal, suspek mengaku merogol mangsa dan pemeriksaan lanjut terhadap telefon bimbit suspek turut menemui beberapa gambar bogel dipercayai gambar mangsa.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain bebas daripada pengaruh dadah.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. FMT



Lelaki Myanmar ditahan rogol kekasih bawah umur


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari



Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker