SPRM tahan dua CEO kes Kapal Tempur Pesisir Pantai

SPRM tahan dua CEO kes Kapal Tempur Pesisir Pantai

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang terbabit dalam kontrak perolehan enam buah kapal Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS).

Mereka yang berusia 79 dan 49 tahun ditahan selepas hadir bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat SPRM, lewat petang semalam.

Jurucakap SPRM, berkata kedua-dua mereka ditahan kerana disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran yang dibuat kepada tiga syarikat di luar negara.



“Seorang daripada mereka juga disyaki menerima rasuah daripada sub-kontraktor yang dilantik bagi mengendalikan projek itu,” katanya.

Difahamkan dengan penahanan itu SPRM menemui petunjuk baharu untuk terus melakukan siasatan terhadap kontrak perolehan enam kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang dilaksanakan oleh Bousted Naval Shipyard.

SPRM menahan dua Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang terbabit dalam kontrak perolehan enam buah kapal Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS).
SPRM menahan dua Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang terbabit dalam kontrak perolehan enam buah kapal Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS).
Siasatan tertumpu kepada kesalahan di bawah seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan seksyen 409 Kanun Kesiksaan.

Sementara itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi BH mengesahkan penahanan baharu itu.



“Berdasarkan petunjuk baru, SPRM menahan dua orang,” katanya ringkas.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM), Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, pada 21 November tahun lalu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembinaan enam kapal LCS yang gagal diserahkan mengikut jadual.

Projek itu bernilai RM9.128 bilion dianugerahkan kepada BNS oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dan sejumlah RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal berkenaan secara serentak.

Bagaimanapun, hingga kini tiada satu pun LCS yang disiapkan dan diserah kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), walaupun perjanjian kontrak pada Januari 2014 menggariskan bahawa LCS 1 sepatutnya diserahkan kepada kerajaan pada April 2019.



Pada penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat pada 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu Menteri Pertahanan, berkata kerajaan setakat ini menolak pilihan penyelesaian pertama bagi merungkai isu berkaitan pembinaan (LCS) iaitu melantik Naval Group France sebagai kontraktor penyelamat untuk menyiapkan sekurang-kurangnya dua unit LCS.

“Dalam keputusan Kabinet, kita sebulat suara berpendapat bahawa pilihan pertama tak perlu digunakan, justeru tinggal dua pilihan saja sekarang.

“Ia sama ada projek ini diserahkan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk teruskan projek pembinaan LCS dengan suntikan tambahan RM3 bilion.

“Pilihan ketiga, ialah dengan menamatkan kontrak, kita lantik syarikat lain sebagai syarikat penyelamat. Mungkin kita boleh beri BNS peluang, tetapi mereka perlu bentangkan dari segi perancangan untuk meneruskan projek,” katanya. BH

SPRM tahan dua CEO kes Kapal Tempur Pesisir Pantai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker