Usamiah kecam persenda kemusnahan Masjid Muhammad Al Amin di Palestin

Usamiah kecam persenda kemusnahan Masjid Muhammad Al Amin di Palestin

Pertubuhan Usahawan Islamiah Malaysia (Usamiah) mengecam tindakan segelintir rakyat di negara ini yang mempersendakan isu kemusnahan Masjid Muhammad Al Amin di Palestin akibat dibom pihak rejim Zionis.

Presidennya, Tengku Imran Tengku Zainal Abidin berkata, golongan itu tiada kesedaran menjaga sensitiviti umat Islam apabila sengaja memberikan reaksi sedemikian terhadap laporan berita mengenai masjid yang dibina hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia.

“Tindakan mempersenda dan mempermain-mainkan isu masjid ini adalah suatu perkara yang amat serius dan sungguh mengaibkan.

“Kami berharap kepada individu-individu yang mempersenda isu kemusnahan masjid tersebut untuk tampil dengan membuat satu kenyataan memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan juga rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Masjid Muhammad Al-Amin di Gaza, Palestin yang dibina oleh badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care Malaysia (MCM) pada 2013 runtuh dan hancur akibat serangan bom Zionis Israel pada 8 Oktober lalu.

Berita kemusnahan masjid itu turut dilaporkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina, namun ia mendapat reaksi tidak wajar oleh segelintir individu yang dilihat sengaja mempersendakan insiden tersebut.

Tambah Tengku Imran, perbuatan itu tidak selari dengan dasar Kerajaan Madani untuk mewujudkan masyarakat majmuk yang saling menghormati dan sentiasa memelihara serta menjaga keharmonian antara satu sama lain sebagai sebuah entiti.

“Kami meminta kepada semua rakyat Malaysia untuk kita sama-sama bersatu hati, tanpa mengira bangsa dan agama mahupun fahaman politik untuk bersolidariti bersama demi kebebasan dan kedaulatan rakyat Palestin,” ujarnya. Sinar

Usamiah kecam persenda kemusnahan Masjid Muhammad Al Amin di Palestin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker