16 lagi kematian baru Covid-19, jumlah terkumpul 31,918

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 16 kematian baru direkodkan semalam (25 Jan), menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 31,918 orang.

Daripada jumlah kematian baru itu, tiga (18.8 peratus) daripada mereka menghembuskan nafas terakhir di luar pusat kemudahan kesihatan.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 967 kematian bagi setiap sejuta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 6 orang, membentuk 37.5 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Sabah berada di kedudukan kedua dengan tiga kematian, diikuti dua orang masing-masing di Johor, Perak, dan Kuala Lumpur, manakala seorang lagi di Pahang.

Tiada kematian baru dilaporkan di Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 14 daripada 16 kematian yang dilaporkan atau 87.5 peratus berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 19 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari terakhir berbanding purata tujuh hari sebanyak 14, menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, 720 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 1,174 kematian Covid-19 dilaporkan pada Dis 2021; 1,612 pada Nov 2021; 2,704 pada Okt 2021; dan 9,678 pada Sep 2021.

Sehingga semalam, terdapat 45,699 kes aktif Covid-19. Ini adalah peningkatan sebanyak 12.1 peratus daripada 40,761 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif meningkat 2.0 peratus daripada 44,815.

Kemas kini selepas tengah malam KKM juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baharu Covid-19 semalam.

Daripada 4,066 kes baru semalam, sebanyak 530 daripadanya boleh dikesan kepada kluster Covid-19 yang masih berterusan.

Daripada kes berkaitan kluster, 452 (85.3 peratus) adalah dari institusi pendidikan manakala 71 (13.4 peratus) adalah dari tempat kerja.

Baki kes dikesan kepada kluster yang berkaitan dengan acara keagamaan (4 – 0.8 peratus) dan penularan komuniti (3 – 0.6 peratus).

KKM memuat naik butiran terkini wabak Covid-19 selepas tengah malam di Github sebagai sebahagian daripada inisiatif data terbukanya.

16 lagi kematian baru Covid-19, jumlah terkumpul 31,918

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker