Bom hospital: Pakar pertahanan sangkal penipuan Israel

Bom hospital: Pakar pertahanan sangkal penipuan Israel

Seorang pakar pertahanan menolak dakwaan tentera Israel bahawa serangan hospital di Gaza, yang mengorbankan 471 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak disebabkan oleh roket dilepaskan dari dalam Semenanjung Gaza.

Ini kerana pakar menyifatkan dakwaan itu tidak realistik dan menegaskan bahawa jika ia benar-benar dilancarkan dari Gaza, sistem pertahanan udara Iron Dome Israel sepatutnya diaktifkan.



Penyelidik kanan di Yayasan Penyelidikan Politik, Ekonomi dan Sosial (SETA) dan profesor bersekutu di Universiti Hasan Kalyoncu, Murat Aslan, menjelaskan kepada Anadolu dalam temu bual mengenai pengeboman Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza pada petang Selasa.

Aslan berkata, sambil merujuk kepada pelbagai penilaian yang dibuat berhubung amunisi (peluru, roket, misil, bom yang biasanya ditembak atau dilancarkan daripada sesuatu senjata) yang bertanggungjawab terhadap serangan itu, bahawa “dalam serangan yang menyasarkan kawasan berpenduduk, fius amunisi boleh ditangguhkan masa untuk meletup 50-100 meter di atas tanah sebelum mengenai sasaran.”

“Ini meningkatkan kesan serangan. Melihat kepada kawasan yang terjejas oleh letupan dan kesan yang ditinggalkan di atas tanah selepas letupan dalam serangan ke atas Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza, boleh dicadangkan bahawa peluru itu ditetapkan untuk meletup lebih awal untuk mencapai letupan di udara, kesan lebih besar. Ini nampaknya telah memastikan kesan lebih luas untuk letupan itu,” katanya.

Ditanya dakwaan tentera Israel bahawa serangan itu disebabkan roket ditembak dari Gaza oleh Jihad Islam Palestin, Aslan berkata: “Jika roket sebesar itu yang boleh menyebabkan kerosakan yang begitu besar akan dilepaskan, sistem pertahanan udara Iron Dome perlu diaktifkan.



“Adalah sangat sukar bagi Jihad Islam untuk melaksanakan serangan yang tepat walaupun dari Tebing Barat tanpa dipintas oleh sistem pertahanan udara Israel.

“Jika kaliber roket itu dikurangkan, tidak mungkin kematian lebih 500 orang, tambahan pula, roket itu tidak dipandu dan mengikut trajektori yang landai, penurunan menegak ke hospital kelihatan tidak mungkin,” katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan Gaza menyemak semula angka mangsa, menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 471 orang terbunuh dan 342 yang lain cedera dalam serangan udara Israel di Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza lewat Selasa.

Aslan juga menolak dakwaan Israel bahawa serangan itu disebabkan oleh ‘howitzer munition’, dengan berkata, “Kemungkinan ini tidak realistik kerana jarak yang diperlukan.”



“Sebuah ‘howitzer munition’ mempunyai jejari 30-50 meter. Ia bagaimanapun tidak boleh mengakibatkan jumlah korban yang begitu tinggi,” katanya.

Beliau menekankan kemungkinan besar peluru yang digunakan dalam serangan itu dijatuhkan dari pesawat perang.

“Oleh itu, kemungkinan Israel menggunakan bom MK82, yang pernah mereka gunakan sebelum ini dan boleh membimbing melalui kit.

“Untuk memberikan kenyataan yang pasti, pemeriksaan serpihan peluru dan penyelidikan di kawasan itu adalah perlu. Bagaimanapun, keadaan semasa menyukarkan perkara ini.” BH



Bom hospital: Pakar pertahanan sangkal penipuan Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker