Tun Faisal tak perlu melompat, tunggu sahaja keputusan rayuan

SHAH ALAM – Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, tidak perlu panik dan takut dipecat daripada parti jika beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, beliau pelik dengan sikap ‘sahabatnya’ itu yang tiba-tiba ‘meletup’ dan mengeluarkan kenyataan kepada media kononnya Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Rayuan Lembaga Disiplin, sebelum ini.

Mohd Hisamudin juga mempertikaikan bagaimana Tun Faisal boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa itu tidak berada dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya, pada Sabtu lalu.



Berikutan itu, Mohd Hisamudin, tidak menolak kemungkinan Tun Faisal sengaja mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana mahu mencari publisiti murahan dan bimbang dirinya akan dilupakan oleh penduduk di Putrajaya.

“Betul ada mesyuarat semalam, tetapi kita tidak tertumpu kepada isu penggantungan bekas Timbalan Ketua UMNO bahagian, Tun Faisal semata-mata, sebaliknya UNNO Bahagian Putrajaya membincangkan banyak perkara lain dan laporan daripada setiap biro mengenai persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Jadi Tun Faisal mendapat maklumat berkenaan dari mana? Kalau rasa dia tidak bersalah, buat apa nak takut bukankah dia pernah cakap, dia sentiasa di pihak yang benar. Jadi buat apa kelam-kabut tunggu sajalah keputusan rayuan dia,” katanya kepada wartawan Sinar Premium.

Tun Faisal melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin parti itu yang menggantung keahliannya selama enam tahun.
Terdahulu, Tun Faisal mendedahkan UMNO Putrajaya dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Rayuan Lembaga Disiplin parti itu dan mahu mengambil mencadangkan hukuman lebih berat bagi memastikan beliau dipecat.



Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang digantung keahliannya itu mendakwa Tengku Adnan kurang senang dengan keputusan lembaga disiplin.

“Dimaklumkan oleh mereka yang hadir dalam mesyuarat UMNO bahagian petang semalam, Ku Nan (Tengku Adnan) tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Rayuan Lembaga Disiplin,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada 27 Mac 2021, media melaporkan Tun Faisal digantung keahlian selama enam tahun oleh Lembaga Disiplin kerana dikatakan mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Berikutan itu, Tun Faisal melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin parti itu yang menggantung keahliannya selama enam tahun.



Tun Faisal juga menyoal sejauh manakah seriusnya kesalahan yang dilakukan dan berhasrat membuat rayuan berhubung tindakan itu.

“Kenapa sampai enam tahun, macam pelik sangat. Datuk Lokman Noor Adam (bekas Ahli Majlis Tertinggi) pun kena tiga tahun sahaja, selepas itu dibuang.

“Ada yang digantung atas kesalahan lebih berat termasuk terlibat politik wang tetapi hanya dikenakan tindakan gantung tak sampai enam tahun. Saya sendiri pun tak ada jawapan kenapa lama sangat,” katanya pada 28 Mac 2021.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet



Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker