Aliff Syukri kecewa ibunya bising pasal lagu rayanya

Aliff Syukri kecewa ibunya bising pasal lagu rayanya

Usahawan dan selebriti media sosial, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila netizen tidak sudah-sudah mengecam serta mengkritik single raya baharunya, Kelepok Raya.

Berbaki dua hari sebelum dilancarkan, Aliff dalam nada sedih mengakui pening kepala dan berputus asa untuk tampil dengan lagu-lagu baharu.



“Eh pening lah kepala. Mak saya bising, netizen juga bising sama. Rasa give up nak buat lagu. Saya cuma mahu menyanyi, itu kan minat saya.

“Saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Saya bukan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Jadi saya perlu buat sesuatu untuk tarik pendengar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, nama Aliff sekali lagi menjadi bahan kecaman dan kritikan netizen selepas teaser lagu raya baharunya, Kelepok Raya tular di media sosial.

Malah, penampilan tiga penari dengan aksi berlebihan juga mengundang kecaman netizen yang rata-rata menyifatkan Aliff sekadar mahu mencipta kontoversi dan meraih publisiti murahan.



Dalam pada itu, jelas Aliff, dia sudah lama tidak tampil dengan lagu baharu dan mengharapkan agar Kelepuk Raya menjadi pilihan peminat terutama di musim lebaran.

“Sepatutnya saya berduet dengan ramai artis tetapi ada perubahan pelan. Saya harap lagu ini akan menjadi siulan. Tak mahu lah kecam-kecam,” katanya. Utusan

Aliff Syukri kecewa ibunya bising pasal lagu rayanya


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan



Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker