Ribut petir dijangka landa seluruh negara

 

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala di kebanyakan tempat melibatkan negeri-negeri pantai barat dan selatan Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan, berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), keadaan tersebut yang dijangka berlaku sehingga 25 Julai ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir di kawasan terlibat.



“Pembentukan awan ribut petir berlaku pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan tempat melibatkan negeri-negeri pantai barat dan selatan Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker