Wanita ditemui di Sentul bukan Zalina Azman, kata polis

SHAH ALAM: Wanita kedua didakwa mirip Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang ditemui di Sentul, Kuala Lumpur, semalam, disahkan bukan bekas pembaca berita itu yang dilaporkan hilang sejak 20 Nov tahun lalu.

Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata hasil semakan identiti melalui cap jari wanita berkenaan mendapati dia bukan orang hilang (OH) yang dicari.

“Pihak polis Ibu Pejabat Daerah Shah Alam telah membawa wanita berkenaan ke Jabatan Pendaftaran Negara (UTC Shah Alam) dan hasil semakan mendapati wanita tersebut bukanlah OH yang dicari. Pengecaman oleh ahli keluarga juga didapati negatif,” katanya dalam kenyataan.



Setakat ini, dua wanita dikatakan mirip Zalina, telah ditemui masing-masing di Shah Alam dan Sentul, pada Rabu dan Jumaat.

Individu didakwa dilihat di tiga lokasi di Seksyen 3, 9 dan 14, di sini disahkan seorang gelandangan, manakala wanita ditemui di kawasan Jalan Haji Salleh, Sentul pada 6 petang pada Jumaat itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Iqbal berkata, pihaknya mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk mencari OH dan sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sabturia, di talian 016 3375269.

Polis percaya Zalina, 58, masih berada dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkan wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.



Polis menerima laporan mengenai kehilangan wanita itu daripada anaknya Mikhael Norman, 33, pada 29 Nov tahun lalu yang cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur



MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker