KBS nafi dakwaan Sanusi

KBS nafi dakwaan Sanusi

Menteri Besar dan Exco Belia dan Sukan Negeri dari negeri ditadbir pembangkang tetap dijemput bagi memeriahkan penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) 2023 di peringkat negeri masing-masing.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan memaklumkan HSN akan tetap dilaksanakan di negeri-negeri pembangkang dan penyelarasan HSN dipengerusikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti yang diputuskan oleh Kabinet sebelum ini.



Menurut KBS, tujuan penyelarasan oleh ICU JPM bertujuan bagi melancarkan pengurusan dan pentadbiran pelaksanaan membabitkan program dan aktiviti kerajaan persekutuan.

“Hari Sukan Negara adalah agenda nasional bagi membudaya dan merakyatkan sukan tanpa mengira fahaman politik selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa exco dari empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) dihalang untuk menyertai program anjuran kerajaan Persekutuan.

Katanya, larangan itu termasuk bagi exco sukan di negeri pembangkang yang tidak akan mempengerusikan HSN peringkat negeri seperti sebelum ini.



HSN dijadual berlangsung dari 13 hingga 15 Oktober dengan sambutan peringkat kebangsaan bakal diadakan pada 14 Oktober ini di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya. HM

KBS nafi dakwaan Sanusi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia raba dada saya – Sarimah

Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi



Tudung Nelydia Senrose terbang?

Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker