Angka kematian di Gaza meningkat kepada 2,808, lebih 10,000 cedera

Angka kematian di Gaza meningkat kepada 2,808, lebih 10,000 cedera

GAZA: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan udara Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 2,808, kata Kementerian Kesihatan awal hari ini.

Menurut kementerian, sekurang-kurangnya 10,859 rakyat Palestin cedera dalam pengeboman Israel di kawasan pinggir laut, memetik laporan Anadolu.



Sepuluh hari selepas konflik dengan kumpulan Palestin Hamas, pengeboman dan sekatan Israel di Semenanjung Gaza berterusan, dengan lebih satu juta orang iaitu hampir separuh penduduk Gaza telah dipindahkan, menurut Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Palestin Pelarian di Timur Dekat (UNRWA).

Gaza sedang mengalami krisis kemanusiaan yang teruk tanpa bekalan elektrik manakala bekalan air, makanan, bahan api dan perubatan kehabisan ketika orang awam melarikan diri ke selatan berikutan amaran Israel supaya mengosongkan kawasan utara.

Pertempuran bermula apabila Hamas pada 7 Oktober memulakan Operasi Taufan Al-Aqsa, serangan mengejut pelbagai serampang termasuk serangan bertubi-tubi roket dan penyusupan ke Israel melalui darat, laut dan udara.

Kumpulan pejuang itu berkata pencerobohan itu sebagai tindakan balas terhadap penyerbuan Masjid Al-Aqsa dan meningkatkan keganasan peneroka terhadap Palestin.



Tentera Israel kemudian melancarkan operasi balas terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza.

Lebih 1,400 warga Israel telah terbunuh. BH

Angka kematian di Gaza meningkat kepada 2,808, lebih 10,000 cedera

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly Mazlein perli siapa?

Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?



Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’

Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker