Rumah Terbuka Madani, Sanusi dijemput – PM

SUNGAI BULOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dijemput pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Kedah esok.

Anwar berkata, Muhammad Sanusi telah dijemput bagi menghadiri majlis berkenaan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

“Tak apalah saya sebelum ini juga tidak pernah menjawab Menteri Besar Kedah…biar keadaan tenang sedikit…bulan Syawal ini juga kita perlu mengeratkan silaturahim.



“Saya difahamkan beliau dijemput oleh pihak penganjur (Saifuddin) …kerana Tuanku (Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah) berangkat pada majlis berkenaan,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaminul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai undangan Muhammad Sanusi ke majlis berkenaan yang berlangsung di Hotel Raia, Alor Setar esok.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Muhammad Sanusi akan menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri bagi mengiringi Sultan Sallehuddin di sebuah hotel.

Katanya, walaupun belum menerima sebarang jemputan rasmi atas kapasiti sebagai Menteri Besar, beliau memberitahu akan tetap menghadiri majlis itu bagi mengiringi Sultan Kedah sekiranya baginda berkenan menghadirinya.



Mengulas mengenai persiapan Anwar berkata, segala bentuk persiapan telah diatur mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, Anwar turut menyangkal dakwaan penganjuran majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di enam buah negeri sebagai suatu pembaziran.

Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan, kos penganjuran majlis berkenaan adalah bagi menyantuni rakyat selain dapat berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan.

“Kerajaan dimana-mana akan buat (rumah terbuka) untuk rakyat bukan membazir, beri makan rakyat bagi saya tidak membazir,” ujarnya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker