Suri rumah ditemui mati dalam tandas dengan tiga kesan tikaman

Suri rumah ditemui mati dalam tandas dengan tiga kesan tikaman

Melaka: Suri rumah ditemui mati dengan tiga kesan tikaman di dada di kediamannya di sebuah perumahan mewah di Ayer Keroh, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian jam 3.30 petang selepas dihubungi pembantu perubatan Hospital Melaka mengenai seorang wanita terlantar di dalam tandas rumah dengan kesan tikaman.



Beliau berkata, susulan itu sepasukan polis termasuk pasukan forensik ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat mangsa berusia 34 tahun itu yang juga ibu kepada seorang anak lelaki.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara jam 2 hingga 3.30 petang dan semasa kejadian hanya terdapat mangsa, anaknya berumur tujuh tahun serta ibu saudara kepada suaminya berusia 65 tahun.

“Manakala suami mangsa dikatakan tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan. Ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan terlantar dan lengkap berpakaian.

“Siasatan lanjut ke atas badan mangsa mendapati terdapat tiga kesan tikaman di dada kiri dengan panjang antara dua hingga tiga sentimeter selain terdapat sebilah pisau terpacak di dada kiri,” katanya ketika dihubungi.



Mengulas lanjut, Christopher berkata, siasatan dijalankan juga mendapati tiada kesan geledah dan berselerak di kediaman mangsa.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dijalankan mendapati tiada pergerakan keluar masuk ke rumah banglo dua tingkat itu melalui pintu hadapan dan belakang.

“Malah pemeriksaan di kawasan sekeliling dan di dalam rumah juga dapati tiada sebarang kesan geledah,” katanya.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat untuk mendapatkan punca kematian.



“Berdasarkan siasatan awal dijalankan, tiada unsur-unsur jenayah dikesan dalam insiden ini manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. HM

Suri rumah ditemui mati dalam tandas dengan tiga kesan tikaman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker