Atok, cucu lemas dalam kolam

Atok, cucu lemas dalam kolam

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 78 tahun dan cucu lelakinya berusia setahun tujuh bulan ditemukan lemas dalam kolam terbiar berhampiran sebuah restoran di Taman Kempas, di sini malam tadi.

Mereka ditemukan kira-kira jam 7.20 malam sebelum penemuan dimaklumkan kepada polis yang kemudian menghantar sepasukan anggota dari Balai Polis Tikam Batu ke lokasi.



Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang pengadu yang memaklumkan penemuan dua mayat itu dalam keadaan terapung dalam kolam berhampiran restoran berkenaan.

“Kolam tinggal itu dianggarkan sedalam kira-kira satu meter itu. Mangsa kemudian dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

“Berdasarkan maklumat saksi, dia melihat orang ramai berkumpul di kawasan kolam lama itu sebelum mendapati ada dua mangsa berkenaan lalu membuat panggilan MERS 999 untuk bantuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kanak-kanak yang lemas adalah anak kepada anak lelaki mangsa berusia 78 tahun terbabit dan keluarga itu menetap di Kampung Matang Berangan, Pinang Tunggal, di sini.



“Anak lelaki itu memaklumkan bapanya selalu membawa anaknya berusia setahun tujuh bulan berkenaan bersiar-siar setiap petang selepas mengambil kanak-kanak itu daripada isterinya yang bekerja di kedai makan berhampiran kawasan itu,” katanya.

Sebelum penemuan dua mayat terbabit, Zaidy berkata, bapa kanak-kanak itu keluar mencari kedua-dua mangsa selepas jam 7 malam dan sewaktu melalui kawasan kolam itu, ternampak orang ramai berkumpul di situ.

“Ketika itu dia ternampak bapa serta anaknya dalam keadaan terapung dalam kolam berkenaan. Berdasarkan siasatan dan pemeriksaan, tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini dan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Kedua-dua mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk urusan bedah siasat,” katanya. BH



Atok, cucu lemas dalam kolam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?



Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa



Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker