Bursa Malaysia susut selepas naik tiga hari berturut-turut

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung sepanjang sesi dagangan selepas mencatatkan kenaikan tiga hari berturut-turut.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.19 mata kepada 1,552.40 daripada paras penutup 1,555.59 pada Selasa

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah turun 1.49 mata kepada 1,554.10 dan bergerak antara paras 1,547.49 dan 1,554.95 sepanjang hari dagangan.



Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 652 berbanding 385, manakala 459 kaunter tidak berubah, 801 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun sedikit kepada 3.65 bilion unit bernilai RM2.71 bilion daripada 3.68 bilion unit bernilai RM2.94 bilion pada Selasa.

Ketua Penyelidikan dan Penasihat Harta, Pengurus Portfolio di UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, berkata jualan domestik juga dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung di Wall Street menjelang pengumuman keputusan kewangan syarikat teknologi terkemuka Amerika Syarikat, Nvidia, dan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) pada malam ini.

Pelabur menunggu untuk melihat sama ada Rizab Persekutuan AS akan memberi bayangan mengenai langkah menangani inflasi meskipun jangkaan penangguhan penurunan kadar faedah.



Walaupun keadaan tidak menentu ini, beliau berkata. bursa tempatan dijangka dapat mengekalkan prestasi kukuhnya dan menuju ke arah paras 1,600.

“Dalam dua hari lalu, pembeli asing menjadi pembeli bersih dan kami menjangkakan momentum ini berterusan di tengah-tengah musim pelaporan pendapatan korporat dengan jangkaan prestasi yang bertambah baik pada suku keempat 2023,” katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi berkaitan indeks, Public Bank meningkat tiga sen kepada RM4.51, manakala Maybank, Sime Darby Plantation dan Tenaga Nasional naik dua sen setiap satu masing-masing kepada RM9.53, RM4.52 dan RM11.38.

Kaunter telekomunikasi terus mencatatkan kerugian dengan Axiata susut 10 sen kepada RM2.79, CelcomDigi turun enam sen kepada RM4.31 dan Maxis jatuh tujuh sen kepada RM3.79.



Dalam kalangan kaunter cergas, Hong Seng, MMAG dan Dialog tidak berubah masing-masing pada 2.0 sen, 11 sen dan RM2.20 manakala MY E.G susut satu sen kepada 78 sen dan Reneuco naik dua sen kepada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 27.38 mata kepada 11,521.83, Indeks FBMT 100 turun 22.65 mata kepada 11,175.97, Indeks FBM Emas Shariah susut 43.12 mata kepada 11,582.81, Indeks FBM 70 berkurangan 30.20 mata kepada 15,515.67 dan Indeks FBM ACE jatuh 43.11 mata kepada 4,837.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 21.95 mata kepada 17,376.16, Indeks Perladangan susut 14.50 mata kepada 7,328.86, Indeks Tenaga turun 12.18 mata kepada 934.77, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.14 mata kepada 177.66 manakala Indeks Hartanah jatuh 12.03 mata kepada 924.87.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.14 bilion unit bernilai RM2.47 bilion daripada 2.46 bilion unit bernilai RM2.70 bilion pada Selasa.



Bagaimanapun, jumlah waran melonjak kepada 1.09 bilion unit bernilai RM139.40 juta daripada 653.32 juta unit bernilai RM94.67 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 421.72 juta saham bernilai RM98.73 juta daripada 543.82 juta saham bernilai RM138.19 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 378.42 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (359.63 juta); pembinaan (127.52 juta); teknologi (367.72 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (96.83 juta); hartanah (304.68 juta); perladangan (33.69 juta); REITs (19.77 juta), dana tertutup (47,400); tenaga (211.47 juta); penjagaan kesihatan (84.80 juta); telekomunikasi dan media (48 juta); pengangkutan dan logistik (20.13 juta); dan utiliti (91.62 juta).

-BERNAMA



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal



Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker