PRN Johor: Najib Rela Dikenakan Tindakan Bertanding Sebagai Calon Bebas

PRN Johor: Najib Rela Dikenakan Tindakan Bertanding Sebagai Calon Bebas

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Najib Lep mengejutkan persaingan di DUN berkenaan selepas diumumkan sebagai salah seorang calon bertanding atas tiket Bebas .

Najib yang merupakan calon Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan satu-satunya wakil rakyat parti berkenaan sebelum DUN dibubarkan pada 22 Januari lalu sekali gus memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.



Najib berkata, dirinya telah bersedia untuk menerima sebarang tindakan daripada pimpinan parti kerana melanggar arahan dan mengambil keputusan untuk bertanding sebagai Bebas di kerusi DUN berkenaan.

“Saya tahu beberapa hari sebelum PN mengumumkan calonnya dan saya akan dipindahkan ke DUN lain.

“Ini adalah perkara yang tidak adil kepada penduduk di kawasan saya berkhidmat sebelum ini (Bukit Pasir).

“Pas berhak mengambil sebarang keputusan atas tindakan saya ini, tetapi saya harap mereka dapat tahu mengapa saya lakukan begini.



“Semuanya kerana urusan saya di DUN Bukit Pasir masih belum disempurnakan,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Sabtu.

Pada Hari Penamaan Calon PRN Johor bagi kerusi DUN Bukit Pasir, Najib akan menentang Mohd Akhiri Mahmood (Pejuang), Mohamad Fazli Mohamad Salleh (BN), Elia Nadira Sabudin (PH), Muhd Nur Iqbal Abd Razak (PN) dan Johar Siraj (Bebas).

Sebelum ini, pada PRU14, Najib dipilih sebagai ADUN di kawasan berkenaan selepas menang dengan majoriti 1,883 undi mengalahkan Noriah Mahat daripada BN.-SH

PRN Johor: Najib Rela Dikenakan Tindakan Bertanding Sebagai Calon Bebas



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker