Ajar pelajar cara urus wang, bukan ajar produk kewangan – Asyraf Wajdi

PETALING JAYA: Insurans dan takaful adalah bersifat produk dan ia tidak patut dimasukkan dalam buku teks matematik murid Tahun 6, kata Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, murid sekolah rendah hanya perlu didedahkan cara bagaimana mengurus wang dengan baik, bukannya mula diberatkan minda mereka dengan silibus bersifat produk yang akan menguntungkan sesuatu pihak.

“Saya rasa daripada kita bercakap soal insurans dan takaful, baik tanamkan dari awal kepada anak-anak kita bahawa contohnya menguruskan sumber kewangan dengan cara yang bukan saja berhemah tapi dengan cara yang betul. Menolak elemen rasuah, pembaziran, penyimpangan dan penyelewengan.



“Kita tak perlu pada peringkat ini perkenalkan sesuatu bersifat produk berbanding dengan asas dari segi pengurusan ekonomi secara lebih ‘fundamental’ sifatnya,” katanya kepada FMT.

Baru-baru ini, ura-ura silibus insurans dan takaful dalam buku teks matematik Tahun 6 menjadi perdebatan hangat dalam kalangan warganet, khususnya ibu bapa yang tidak berpuas hati.

Kebanyakan mereka bimbang anak masing-masing dipaksa belajar silibus beraras tinggi pada usia terlalu muda. Mereka juga bimbang, anak-anak semakin hilang minat dalam subjek matematik pada masa akan datang.

Asyraf berkata, sebagai seorang berlatarbelakangkan akademik dan bidang kewangan serta perbankan Islam, beliau mengakui silibus insurans dan takaful amat tidak wajar diperkenalkan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun.



“Saya merasakan ia agak tidak wajarlah, kerana peringkat di sekolah rendah adalah peringkat pengukuhan ‘foundation’ (asas),” katanya.

FMT sebelum ini melaporkan keluh kesah ibu bapa di media sosial terhadap pendedahan guru tertentu mengenai ura-ura silibus insurans dan takaful yang dikatakan sudah dimasukkan dalam buku teks matematik murid Tahun 6.

Malah sebuah NGO, Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) menggesa Kementerian Pendidikan mengesahkan adakah silibus itu akan diajar kepada murid pada sesi persekolahan akan datang.

Ajar pelajar cara urus wang, bukan ajar produk kewangan – Asyraf Wajdi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


JDT juara lagi, TMJ tak jadi bersara



Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak

Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion



Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker