Pertempuran Israel-Hizbullah makin sengit di Lubnan

Pertempuran Israel-Hizbullah makin sengit di Lubnan

BEIRUT: Pemimpin Hizbullah mengesahkan mereka sudah menyerang 19 kedudukan Israel di sepanjang sempadan secara serentak semalam, menandakan kesediaan mereka untuk berperang.

Tindakan terbabit dijangka menyebabkan serangan balas lebih besar, pada hari sebelum berlangsungnya ucapan pemimpin kumpulan yang disokong Iran itu mengenai perang Israel-Palestin.



Ketua Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah, hari ini dijadual berucap buat kali pertama sejak perang Israel-Palestin meletus.

Menurut Hizbullah, pejuangnya menyerang 19 kedudukan tentera Zionis secara serentak dengan peluru berpandu dan artileri pada jam 3.30 petang waktu tempatan (1330 GMT).

Katanya, serangan itu dilakukan ketika pejuang terbabit melancarkan serangan dron ke atas berek tentera Israel di kawasan Ladang Shebaa yang dipertikaikan.

Khamis lalu, Hizbullah mendakwa pejuangnya berjaya menjatuhkan dron Israel dengan peluru berpandu darat ke udara.



Sempadan Israel-Lubnan menyaksikan pertempuran yang semakin meningkat, terutama antara tentera Israel dan sekutu Hamas, Hizbullah, sejak pejuang Palestin itu melancarkan serangan mengejut pada 7 Oktober lalu.

Menurut Agensi Berita Kebangsaan rasmi Lubnan, empat orang terbunuh dan yang beberapa lagi cedera dalam pengeboman Israel di wilayah sempadan, manakala Hizbullah mengumumkan seorang pejuangnya terkorban.

Jumlah kematian di Lubnan meningkat kepada 71 mangsa sejak perang Israel-Palestin bermula, dengan kebanyakannya membabitkan pejuang Hizbullah, orang awam dan seorang wartawan Reuters.

Sementara itu, menurut dari sayap bersenjata Hamas di Lubnan, ia menembak lebih 10 roket ke bandar itu sebagai tindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai pendudukan Israel terhadap rakyat Gaza.



Menurut tentera Israel pula, rejim itu kehilangan lapan anggotanya dan seorang awam.

Katanya, rejim itu menyasarkan kumpulan Hizbullah dengan serangan lebih besar membabitkan pesawat perang dan helikopter, sebagai serangan balas.

Perkhidmatan perubatan kecemasan Israel, Magen David Adom, berkata serangan roket mencederakan dua orang di bandar Israel, Kiryat Shmona, dekat sempadan.

Israel bertindak melancarkan serangan tanpa henti ke atas Gaza sejak pejuang Hamas menyerang komuniti sempadan dan pos tentera pada 7 Oktober lalu.



Semasa lawatan ke kontinjen negara Perancis dalam Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), Menteri Pertahanannya, Sebastien Lecornu, berkata Lubnan tidak perlu berperang dengan Israel.

“Ini kerana peperangan sebegini berisiko memberi kesan yang besar di seluruh wilayah,” katanya.

Menurut UNIFIL, dua peluru mendarat dan meletup sejauh 10 meter dari kedudukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kampung selatan Beit Lif, menyebabkan kerosakan pada dinding dan beberapa kenderaan UNIFIL.

“UNIFIL mengulangi kebimbangan besarnya bahawa kedudukan kami terjejas dalam tindakan berbalas tembakan,” katanya dalam kenyataan. BH



Pertempuran Israel-Hizbullah makin sengit di Lubnan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker