Tajuddin dedahkan ada menteri inkar arahan PM

KUALA LUMPUR : Terdapat beberapa menteri dalam Kabinet yang ingkar pada arahan Perdana Menteri, sekali gus menunjukkan yang mereka tiada rasa hormat kepada individu yang memegang jawatan nombor satu dalam kepimpinan negara.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan berkata, beliau mempunyai bukti tentang perkara itu dan isu ini akan dibentang di Persidangan Dewan Rakyat.

“Ada menteri-menteri yang tidak begitu akur dengan arahan Perdana Menteri kerana mereka daripada parti lain. Surat arahan dari Perdana Menteri tidak dihiraukan. Saya ada bukti kukuh. Saya akan bangkitkan dalam Parlimen bila waktu berbahas.



“Semua orang tahu arahan Perdana Menteri ‘diperap’ begitu sahaja. Mana boleh begitu, susahlah Perdana Menteri nak buat kerja. Memanglah saya tahu Perdana Menteri ini orang yang baik, tidak reti nak marah orang. Cakap pun ‘slow slow’, tetapi janganlah pula ambil kesempatan, ” katanya.

Tajuddin dalam masa yang sama turut berkata, perkara itu seharusnya tidak berlaku kerana apabila seseorang individu sudah dilantik untuk membarisi kepimpinan bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, individu berkenaan harus menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memantapkan pasukan yang ada.

“‘The moment you in Cabinet,’ Perdana Menteri dah lantik ‘you’, kamu dalam satu pasukan, tidak kira dalam mana-mana parti.

“Kalau dalam Kabinet pun masih dalam nak berparti, susahlah. Rakyat hari ini terima kerajaan Keluarga Malaysia dan ingin melihat kerajaan dapat tunjukkan prestasi cemerlang.



“Ini perjuangan demi rakyat, walaupun saya bukan menteri, tetapi suara saya boleh lawan Menteri sekali-sekala,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, barisan Kabinet Keluarga Malaysia telah ditubuhkan pada 27 Ogos 2021, dengan seramai 31 menteri, 38 timbalan perdana menteri.

Barisan itu dianggotai 10 pimpinan yang masing-masing terdiri daripada parti UMNO dan Bersatu, Pas (3), PBS (1), GPS (4) Senator (1), MCA (1) dan MIC seorang.


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin



Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker