75 kematian baru, tertinggi sejak akhir Oktober

Kementerian Kesihatan berkata 23,100 kes baru Covid-19 harian dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,442,736.

Kes aktif kini berjumlah 293,499, meningkat 60.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:



  • Selangor (6,098)
  • Kedah (2,782)
  • Johor (2,367)
  • Sabah (2,174)
  • Pulau Pinang (1,728)
  • Perak (1,335)
  • Kelantan (1,200)
  • Pahang (1,147)
  • Negeri Sembilan (1,032)
  • WP Kuala Lumpur (968)
  • Terengganu (756)
  • Melaka (575)
  • Sarawak (442)
  • Perlis (195)
  • WP Labuan (173)
  • WP Putrajaya (128)

Sebanyak 75 lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, dengan 20 daripadanya diisytiharkan sebagai ‘meninggal dunia di luar hospital’.

Ini jumlah tertinggi sejak 28 Okt 2021 apabila 95 kematian dilaporkan.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 991 kematian bagi setiap satu juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.

Sepanjang minggu lalu, purata 51.3 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 26.4 orang, menunjukkan bahawa kematian Covid-19 berada dalam aliran menaik.



Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 32,749 korban telah dikaitkan dengan Covid-19.

Negeri dengan angka kematian tertinggi ialah Selangor (22) diikuti Johor (13), Sabah (11), Kedah (7), Perak (7), Kelantan (3), Melaka (3), Pulau Pinang (3), Terengganu (2), Negeri Sembilan (1), Pahang (1), Sarawak (1), Kuala Lumpur (1), .

Terdapat 7,881 pesakit Covid-19 sedang dirawat di hospital dengan 361 daripadanya berada dalam rawatan rapi.

75 kematian baru, tertinggi sejak akhir Oktober

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin



Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker