Bunuh dan tanam mayat, 2 warga India dipercayai ada hubungan sulit didakwa

Bunuh dan tanam mayat, 2 warga India dipercayai ada hubungan sulit didakwa

Dua warga India didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki dua tahun lepas.

Varun Kumar, 30, dan Lachhami Devi, 23, hanya mengangguk selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.



Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu terletak bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kedua-dua tertuduh didakwa membunuh seorang lagi warga India, Arshdeep Singh, 25, di sebuah rumah kebajikan orang tua di Subang Jaya pada 1.30 pagi, 31 Okt 2021.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Iman Ahmad Sapian.



Varun diwakili peguam Pritam Singh Doal, manakala Lacchami, yang juga isteri mangsa, tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, Varun yang merupakan rakan sekerja mangsa di rumah orang tua itu didakwa membunuh mangsa selepas hubungan sulit dengan isteri mangsa terbongkar.

Varun mengaku melakukan perbuatan itu kepada rakannya awal bulan ini dan rakannya melaporkannya kepada polis.

Semasa siasatan, Varun dikatakan telah membawa polis ke lereng bukit di belakang rumah tersebut, tempat Arshdeep ditanam.



Dia dipercayai membunuh Arshdeep dengan mengelar lehernya menggunakan pisau. FMT

Bunuh dan tanam mayat, 2 warga India dipercayai ada hubungan sulit didakwa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta



Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker