Muhyiddin sudah dipanggil SPRM

Kes sumbangan dana politik

Muhyiddin sudah dipanggil SPRM

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sudah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi memberi keterangan berkaitan isu siasatan membabitkan wang RM300 juta disyaki diterima BERSATU.

Menurut laporan sebuah portal berita hari ini, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri memberi keterangannya kepada agensi pencegahan rasuah itu di Putrajaya.

Bagaimanapun maklumat berkaitan tempoh keterangan diberi oleh Muhyiddin tidak diperincikan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang cuba dihubungi BH bagi memperincikan pertemuan anggotanya dengan Muhyiddin semalam masih belum memberi sebarang reaksi setakat tengah hari tadi.

SPRM kelmarin memaklumkan akan memanggil Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berhubung siasatan ke atas kewangan parti itu.

BERSATU sebelum ini dilaporkan menerima hingga RM300 juta daripada kontraktorsebagai dana politik susulan persetujuan dibuat dengan beberapa pemimpin parti, termasuk mereka yang berkhidmat di bawah pentadbiran Muhyiddin ketika itu.

Difahamkan lebih 15 individu termasuk pemimpin BERSATU dan pihak kontraktor sudah dipanggil SPRM untuk dirakamkan kenyataan.

Sebelum itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman, berkata SPRM sudah membekukan beberapa akaun milik parti itu, baru-baru ini.

Pada 1 Februari lalu, Azam mengesahkan SPRM sudah membekukan akaun BERSATU sebagai membantu siasatan ke atas wang disyaki hasil haram.

Azam berkata, siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram. BH

Muhyiddin sudah dipanggil SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker