Sampai bila rakyat Johor perlu dianiaya – Onn Hafiz

Sampai bila rakyat Johor perlu dianiaya- Onn Hafiz

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi sekali lagi merayu imigresen menyelesaikan segera kesesakan di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) yang semakin meruncing.

Memuat naik gambar sekumpulan pengguna motosikal yang bersesak menunggu di pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Facebook, Onn Hafiz berkata rakyat negeri itu tidak boleh dianiaya sedemikian rupa.



“Bagi pihak rakyat Johor yang berulang setiap hari, saya meminta dan merayu kepada kepimpinan Jabatan Imigresen agar menyegerakan penyelesaian kesesakan yang berlaku di kedua-dua pintu masuk KSAB dan BSI.

“Rakyat tidak boleh disusahkan sebegini rupa. Sampai bila mereka akan menjadi mangsa keadaan?” soalnya.

Pada 15 Jun lalu di sidang DUN, Onn Hafiz memberitahu pentadbirannya tidak “hangat-hangat tahi ayam” dalam usaha mengatasi kesesakan di CIQ BSI dan KSAB, yang berlarutan berpuluh tahun.



Beliau sendiri sudah berpuluh kali turun padang ke CIQ BSI dan CIQ KSAB dalam mencari jalan mengatasi kesesakan di dua laluan itu yang digunakan kira-kira 300,000 rakyat Malaysia setiap hari. FMT

Sampai bila rakyat Johor perlu dianiaya- Onn Hafiz

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’



Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker