Dilarang terbang dron tanpa kelulusan pada PRN – CAAM

Dilarang terbang dron tanpa kelulusan pada PRN – CAAM

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai sepanjang PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

CAAM dalam perkongsian di Facebook rasminya memaklumkan larangan tersebut bagi memastikan kelancaran pilihan raya itu selain mengelakkan kejadian tidak diingini terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai khususnya pengundi.



“Larangan ini termasuk pada tiga tarikh penting yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu hari penamaan calon pada 29 Julai, pengundian awal pada 8 Ogos dan hari pengundian pada 12 Ogos, serta sepanjang 14 hari tempoh berkempen selepas hari penamaan calon,” menurut CAAM.

Agensi itu turut mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Civil Aviation Directives (CADs). FMT

Dilarang terbang dron tanpa kelulusan pada PRN – CAAM

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir

Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)



Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri

Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker