Ibu, dua anak terjun dari tingkat dua rumah terbakar

Ibu, dua anak terjun dari tingkat dua rumah terbakar

KOTA BELUD: Seorang wanita bersama dua anaknya cedera selepas terjun dari tingkat dua rumahnya di Kampung Sangkir, di sini, yang musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 46 tahun dan dua anak lelakinya berusia 14 dan enam tahun dilaporkan cedera di kaki.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 1.40 pagi.

Katanya, seramai lapan pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kebakaran.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba bertindak mengawal dan memadam kebakaran menggunakan satu aliran, dua pancutan dengan sumber air dari tangki jentera.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal terbakar sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi terkawal kira-kira jam 3 pagi sebelum operasi ditamatkan 28 minit kemudian.

Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan. BH

Ibu, dua anak terjun dari tingkat dua rumah terbakar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir



Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri



Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker