Nikki Palikat, Audi bercerai

Nikki Palikat, Audi bercerai

Penyanyi Nikki Palikat, 36, akhirnya membuat pengakuan mengejut apabila mengaku sudah bercerai dengan bekas suami, komposer Audi Mok.

Nikki atau nama sebenar, Nicolette Louisa Palikat dalam temubual bersama program Melodi terbitan TV3 berkata, dia tidak berniat mahu menyorokkan kisah perceraian itu, tetapi memerlukan masa untuk menerimanya.



“Sebenarnya, iya, saya sudah bercerai. Perceraian ini berlaku ketika pandemik. Pada waktu itu, kami mencapai kata sepakat, lebih baik macam ini sahaja (berpisah).

“Kami teruskan sebagai kawan. Memang sekarang ini, hubungan kami lebih baik daripada ketika berkahwin. Tetapi, sebenarnya saya tak nak lagi cerita perkara ini sebab sangat menyakitkan,” katanya.

Ditanya apakah perceraian disebabkan wujud ‘orang ketiga’ dalam perkahwinan mereka, Nikki menafikannya.

Jelasnya, mereka sebenarnya sudah tahu sejak dari dahulu lagi bahawa mereka tidak ‘match’ (sepadan).



“Tetapi apa yang baiknya, kami sebagai kawan sangat bagus. Jadi, itu sebabnya kita bercerai dan hubungan akan jadi lebih baik… Memang jadi lebih baik,” katanya mengakui single Sudah yang dilancarkan adalah berdasarkan pengalaman sendiri.

Nikki berkata, ketika mengalami kemurungan, dia pernah merasakan dirinya gagal dalam semua segi.

Disebabkan itu, dia cuba perbaiki perhubungan kerana tidak mahu dilihat gagal dan berputus asa demi anak.

“Tetapi apabila saya fikir balik dan teringat apa bekas suami cakap, mungkin kita gagal sebagai pasangan suami isteri, tetapi sebagai keluarga, kita sudah berjaya sama sekali. Jadi, fokus pada itu sajalah.



“Malah, kenapa saya tak cerita benda ini (perceraian) pada awalnya, sebab anak. Selama ini, saya cuba pulihkan keadaan rumah tangga sebab fikirkan anak sahaja.

“Apabila fikirkan anak itu, memang sakit. Jadi, saya cuba tahan semuanya. Tapi, apabila akhirnya saya beritahu anak, dia boleh terima dengan baik.

“Saya sangat lega. Anak saya tidak ‘hancur’ dengan perpisahan ini,” katanya.

Nikki yang pernah menyertai program Malaysian Idol musim pertama pada 2004 dan popular dengan lagu Caramu bertemu jodoh dengan Audi Mok pada 2009.



Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Liam, 12. BH

Nikki Palikat, Audi bercerai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)



Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker