UiTM tamat khidmat pensyarah terlibat kes gangguan seksual serta-merta

UiTM tamat khidmat pensyarah terlibat kes gangguan seksual serta-merta

Universiti Teknologi MARA (UiTM) menamatkan perkhidmatan seorang pensyarahnya yang didakwa melakukan gangguan seksual pada bekas siswazah, berkuatkuasa serta merta.

UiTM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, mereka mengambil serius mengenai dakwaan gangguan seksual oleh pensyarah itu dan telah melakukan siasatan mengikut garis panduan serta proses perundangan yang termaktub dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].



Menurut kenyataan universiti itu, mengikut akta tersebut, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas staf yang melanggar peraturan, tatakelakuan serta larangan yang terdapat dalam Akta 605 dan Peraturan UiTM.

Kenyataan itu menyebut Unit Integriti UiTM telah menjalankan siasatan yang teliti bermula pada tahun lalu, terhadap segala bahan bukti yang telah dikumpulkan sebelum sebarang kesalahan dapat dibuktikan dan jenis hukuman dapat ditentukan.

“Setelah prosedur soal siasat dan siasatan dalaman selesai, serta dimesyuaratkan di Jawatankuasa Tatatertib Peringkat Tertinggi, UiTM telah mengambil tindakan menamatkan perkhidmatan berkuatkuasa serta merta terhadap pensyarah terbabit yang didakwa melakukan gangguan seksual pada bekas siswazah tersebut,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, Naib Canselor UiTM Roziah Mohd Janor berkata, warga universiti sentiasa diberi peringatan secara berkala perihal Akta 605.



“Sekiranya ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, pihak universiti tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan keras sekiranya disabit kesalahan,” katanya.

Hari ini, FMT melaporkan, bekas siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Farah Azuin Razak, 23, kecewa susulan tiada tindakan undang-undang diambil terhadap pensyarah yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya, termasuk bertanyakan pelbagai soalan lucah atas alasan menjalankan kaji selidik.

Dia membuat laporan di Balai Polis Tangkak, Johor lebih setahun lalu, di mana beliau turut menyerahkan bukti rakaman perbualan telefon dengan pensyarah itu.

Farah berkata, susulan tiada tindakan diambil pihak berkuasa sekian lama, pensyarah berkenaan menghantar notis mahu mengambil tindakan saman malu terhadapnya pada 6 Sept lalu.



Katanya, tindakan itu diambil untuk “menakutkan” beliau setelah menolak tawaran RM20,000 daripada pensyarah itu kepada beliau sekeluarga bagi “menutup” kes itu. FMT

UiTM tamat khidmat pensyarah terlibat kes gangguan seksual serta-merta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]



Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker