Pelanggaran data iPay88: JPDP mulakan siasatan

Pelanggaran data iPay88: JPDP mulakan siasatan

Kerajaan memulakan siasatan berhubung pelanggaran keselamatan siber melalui penyelesaian pembayaran dalam talian yang disediakan iPay88.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa ketika mengesahkan perkara itu berkata, siasatan tersebut dilakukan oleh Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).



“Siasatan sudah dimulakan oleh JPDP,” katanya.

Beliau sebelum itu diminta mengulas kenyataan iPay88 yang mengesahkan berlaku insiden keselamatan siber yang mungkin telah menjejaskan data kad pengguna.

Ketika ditanya adakah kementerian maklum mengenai perkara itu serta diminta mengulas perkembangan siasatan tersebut, beliau hanya menjawab “tidak semudah itu”.

Firma e-dagang dalam kenyataan awal hari ini berkata, sejak 31 Mei lalu, mereka telah menggunakan pakar keselamatan siber bagi membendung isu tersebut.



Ipay88 turut berkata, siasatan sedang dijalankan dan mereka bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa serta pihak lain yang berkaitan berhubung pelanggaran keselamatan itu.

Bagaimanapun Ipay88 tidak menyatakan bila pelanggaran keselamatan dipercayai berlaku.

Terdahulu, dua persatuan perbankan memberi jaminan kepada pemegang kad bahawa, data milik mereka selamat walaupun berlaku pelanggaran keselamatan siber.

Dalam kenyataan bersama, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), berkata pihak bank sudah melaksanakan pendekatan lebih berjaga-jaga untuk menangani pelanggaran keselamatan siber. FMT



Pelanggaran data iPay88: JPDP mulakan siasatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)



Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker