Pedrosa dedah cara tewaskan Bagnaia

Pedrosa dedah cara tewaskan Bagnaia

Pedrosa dedah cara tewaskan Bagnaia
FRANCESCO Bagnaia kini hanya ketinggalan 10 mata di belakang Jore Martin. FOTO AFP

Madrid: Dani Pedrosa berkata Francesco Bagnaia tidak boleh dibiarkan ‘berlumba sendiri’ kerana kemampuannya untuk memimpin perlumbaan adalah kekuatan utamanya dalam saingan MotoGP.

Persaingan gelaran juara dunia MotoGP semakin sengit menjelang empat pusingan terakhir musim ini, dengan Jorge Martin hanya mendahului Bagnaia 10 mata dalam pertembungan membabitkan dua pelumba Ducati.

Juara dunia dua kali itu berjaya mengurangkan jurang dengan Martin selepas memenangi perlumbaan pecut dan Grand Prix di Jepun, dengan Bagnaia dilihat memimpin setiap pusingan dalam perlumbaan sebenar.

Kemampuan Bagnaia untuk mengawal kelajuan dilihat sebagai kekuatan utamanya oleh Dani Pedrosa, pemenang 31 kali kelas perdana dan dia mendedahkan apa yang perlu dilakukan oleh pesaingnya untuk mengatasi pelumba Itali itu.

“Melihat perlumbaan ini sepanjang tahun, mudah untuk bercakap dari kedudukan saya sekarang,” kata penunggang ujian KTM dan pengulas TV itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Anda tidak boleh biarkan Pecco berlumba sendiri. Dalam kes ini (di Jepun), Martin tidak mampu raih keputusan lebih baik (daripada tempat kedua) kerana bermula dari petak ke-11.

“Tetapi sepanjang musim ini, kita sudah dapat saksikan Bagnaia berjaya mempimpin perlumbaan dengan baik.

“Dia mengekalkan kelajuan secara konsisten dan prestasi jenteranya sangat baik.

“Anda perlu mencari jalan untuk mengeluarkannya daripada zon ini di mana dia begitu fokus apabila sudah memimpin perlumbaan,” kata lagi.

Pedrosa dedah cara tewaskan Bagnaia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker