Wanita maut, 10 penumpang cedera tragedi Deepavali

Wanita maut, 10 penumpang cedera tragedi Deepavali

JASIN – Seorang wanita maut, manakala 10 yang lain termasuk enam kanak-kanak cedera selepas kereta yang mereka naik terlibat dalam nahas di Jalan Serkam, Bemban di sini, petang tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 (KUP) Mohd. Sukur Md. Ali berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 5.13 petang dan sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Jasin Bistari dikejarkan ke lokasi.



“Setiba di lokasi kita dapati terdapat sebuah kereta Proton Pesona dinaiki enam sekeluarga dan sebuah Toyota Camry telah terlibat dalam kemalangan.

“Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dan seorang penumpang wanita telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Dua lagi penumpang dewasa dan tiga kanak-kanak di dalam kereta itu terselamat, namun mengalami kecederaan.

“Penumpang di dalam Camry pula iaitu dua orang dewasa dan tiga kanak-kanak juga cedera. Kesemua mereka dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita, hari ini.



Ujarnya, difahamkan kereta dinaiki enam sekeluarga itu dalam perjalanan meraikan Hari Deepavali.

Katanya, mayat wanita berkenaan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. K Online

Wanita maut, 10 penumpang cedera tragedi Deepavali

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker