Kaut hampir RM1 bilion, ‘Datuk Wira’ jadi scammer selama 16 tahu tipu mangsa pelaburan

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan menggunakan gelaran “Datuk Wira” didakwa memperdaya ratusan mangsa dan mengaut hampir RM1 bilion dengan menawarkan pelaburan tidak wujud kepada warga tempatan dan pelabur asing.

Jurucakap sebuah sekretariat yang ditubuhkan sekumpulan mangsa penipuan itu, Shah Abdul Malek mendakwa mangsa terdiri pelbagai latar belakang termasuk pegawai kerajaan, doktor dan orang awam terpedaya dengan janji manis ahli perniagaan yang mula menggunakan kedudukan dan pengaruhnya bagi tujuan penipuan itu sejak 16 tahun lalu.

“Tujuan sekretariat ini adalah bagi menghalang lebih ramai orang daripada terpedaya dengan penipuan itu dan mencari jalan bagi mendapatkan kembali wang mangsa,” katanya yang juga mangsa penipuan itu pada sidang media.



Shah berkata, beliau bersama mangsa lain mula mengumpul maklumat tentang operasi perniagaan dan modus operandi ahli perniagaan itu yang didakwa mengaburi mata pihak berkuasa dan mangsa menerusi 18 syarikat tidak wujud.

Sementara itu, seorang mangsa dari Scotland, Lee Roger Meiklejohn, 51, berkata dia kerugian hampir RM60 juta akibat tertipu oleh janji ahli perniagaan tersebut.

Meiklejohn berkata, laporan polis dibuat dua kali dengan kali pertama pada 2019 di Balai Polis Travers dan terkini di Balai Polis Petaling Jaya, semalam.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan mengenai penipuan pelaburan tersebut.



Shah menyeru semua mangsa menghubunginya di talian 012 2214433 bagi menghentikan kegiatan penipuan berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini

Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?



Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof

Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker