Giliran Ahli Parlimen Gua Musang pula sokong PM & kerajaan perpaduan

Ahli parlimen PN untuk Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim secara rasmi mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Keputusan saya ini adalah bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk parlimen saya terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sebagaimana yang saya mohon untuk dilaksanakan di parlimen saya dalam tempoh penggal perkhidmatan saya,” kata pada satu kenyataan di Facebook malam ini.

Mohd Azizi yang juga Adun Nenggiri berkata dia menyokong inisiatif-inisiatif kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat negara ini sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.



“Sejujurnya, saya tidak berniat untuk keluar atau mengkhianati parti Bersatu.

“Tetapi demi memastikan parlimen saya Gua Musang seiring dengan pemerintahan persekutuan, adalah wajar untuk saya bersama di dalam saf kepimpinan Putrajaya yang diketuai YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelas Mohd Azizi yang merupakan ketua Bersatu Gua Musang.

“Buat masyarakat Gua Musang yang sangat saya kasihi, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah sentiasa memberkati bumi bertuah ini (Gua Musang) dan kita semua mendapat limpahan pembangunan sebagaimana diharapkan,” katanya lagi.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Labuan Dr Suhaili Abdul Rahman, menyatakan sokongannya kepada Anwar sebagai perdana menteri.



Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid seperti Suhaili, menyuarakan sokongan terhadap Anwar sebagai perdana menteri, dengan menyorot kos sara hidup yang semakin meningkat di kawasannya.

Hari ini, Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keanggotaan Suhaili dan Iskandar Dzulkarnain.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin malam ini mengesahkan Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keanggotaan Suhaili dan Iskandar Dzulkarnain.


Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini



Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?

Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof



Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker