Jangan terus main naratif tukar kerajaan

Jangan terus main naratif tukar kerajaan

WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) telah berakhir yang menyaksikan status quo sedia ada dikekalkan, masih ada pihak menganggap itu adalah referendum penolakan rakyat terhadap kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, pihak berkenaan mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan timbalan perdana menteri dengan serta-merta.



Antara alasan diberikan adalah UMNO diterajui Ahmad Zahid telah menjadi tidak relevan lagi dengan hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi. Ini bermakna UMNO kalah 82 peratus daripada keseluruhan jumlah kerusi tersebut.

Pihak terbabit mendakwa keputusan itu membuktikan penolakan besar-besaran orang Melayu dan termasuk juga masyarakat bukan Melayu terhadap gabungan politik rapuh yang diterajui oleh Anwar dan Ahmad Zahid.

Bagi saya naratif untuk menukar kerajaan perpaduan sepatutnya terhenti setelah pengundi membuat keputusan untuk mengekalkan status quo. Sebaliknya, ada pihak yang berterusan memainkan isu menukar Kerajaan Pusat.

Ini mencerminkan mentaliti gila kuasa. Mengingkari pilihan Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan raja-raja Melayu yang membentuk kerajaan perpaduan. Bahkan Duli-Duli Yang Maha Mulia sentiasa mengingatkan untuk mengekal kerajaan yang stabil, mampu memulihkan ekonomi negara dan meletakkan Malaysia di landasan betul ke arah pemulihan. Bukankah derhaka namanya, jika mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu?



Amalan demokrasi melalui pilihan raya sepatutnya menjadi medan untuk pengundi memilih yang terbaik bagi menerajui negara dan negeri serta bukan medan untuk bertelagah dan berebut kuasa. Di negara-negara lain, parti politik berbalah semasa pilihan raya dan berhenti bertelagah sebaik sahaja rakyat membuat pilihan.

Pihak menang akan menumpukan usaha menerajui negara dengan sebaik-baiknya, manakala yang kalah akan menjadi pembangkang bertanggungjawab. Membangkang dan mengkritik kerajaan berdasarkan fakta serta bukannya membuat fitnah dan bermain dengan sentimen perkauman serta agama.

Jika naratif menukar kerajaan terus dimainkan, pelabur akan hilang kepercayaan untuk melabur di Malaysia. Pertukaran kerajaan yang mengejut akan menjejaskan pelaburan mereka dan menjadikannya berisiko tinggi. Akibatnya pertumbuhan ekonomi Malaysia akan terbantut.

Nilai mata wang ringgit akan jatuh, harga barang keperluan akan meningkat dan rakyat akan terus menderita dengan kos sara hidup tinggi. Inikah yang dimahukan oleh pihak yang terlalu ghairah untuk berkuasa?



Pada masa sama, penjawat awam yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara dan membantu rakyat. akan ragu-ragu, adakah program yang sedang diusahakan akan mencapai sasaran atau terbantut dipertengahan jalan apabila kerajaan bertukar.

Sebagai wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dengan program dan usaha sama dengan kerajaan untuk memperkasakan industri perkhidmatan yang diceburi serta meningkatkan pendapatan pekerja-pekerja dalam industri, saya juga merasa ragu-ragu adakah kerja keras dan usaha saya ini berbaloi sekiranya kerajaan bertukar.

Persoalannya, wajarkah kita terus menggadai masa depan anak, cucu dan cicit semata-mata kerana marahkan kepimpinan parti tertentu? Adakah pihak yang bakal mengambil alih Kerajaan Pusat akan lebih bertanggungjawab terhadap rakyat atau sebaliknya? Utusan

NORUDDIN HAJI IDRIS
Shah Alam, Selangor



Jangan terus main naratif tukar kerajaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya



Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]



Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker