Konflik genosid di Sudan

Konflik genosid di Sudan

Seorang pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa wilayah Darfur di Sudan berdepan risiko pembunuhan beramai-ramai atau genosid yang semakin meningkat, lapor laman berita The New Arab kelmarin.

Walaupun Sudan telah pun menghadapi krisis pelarian, keganasan sengit tercetus antara Angkatan Tentera Sudan dengan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) sejak April tahun lalu, sekali gus mencetuskan konflik berterusan selama lebih setahun.



Setakat ini, berpuluh-puluh ribu orang telah terbunuh, manakala sekitar 2.3 juta lagi melarikan diri ke negara-negara jiran. Selain itu, 2.22 juta lagi penduduk menjadi pelarian dalam negara itu sendiri.

Penasihat Khas Setiausaha Agung PBB mengenai Pencegahan Genosid, Alice Wairimu Nderitu berkata, Sudan menghadapi situasi di mana genosid boleh berlaku atau telah berlaku.

“Walaupun terdapat seruan antarabangsa supaya gencatan senjata dilakukan, pertempuran antara kedua-dua pihak masih berterusan,” katanya kepada program Newsday yang disiarkan Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Tambah Nderitu, ramai orang awam menjadi sasaran berdasarkan etnik mereka ketika serangan dipertingkatkan di bandar Al Fasher, ibu negeri Darfur Utara.



Beliau juga menyatakan bahawa perhatian dunia kini tertumpu kepada Ukraine selepas ia diserang oleh Russia dan Gaza yang menjadi serangan tentera Israel.

Sementara itu, pertubuhan hak-hak asasi manusia, Human Rights Watch melaporkan pembunuhan beramai-ramai telah atau sedang berlaku di dalam dan sekitar El Geneina iaitu ibu negeri Darfur Barat.

Katanya, penghapusan etnik Masalit dan komuniti bukan Arab lain dilakukan oleh RSF dan militia sekutunya.

Perang saudara di negara itu pertama kali tercetus selepas pertempuran jalanan berlaku di Khartoum iaitu bandar ibu kota Sudan. Ia kemudian merebak ke bahagian lain di terutamanya di kawasan bandar dan wilayah Darfur. K Online



Konflik genosid di Sudan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga



‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC

Hartawan kelahiran Malaysia CEO terima gaji tertinggi di Amerika



Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker