Salakan anjing bawa penemuan mayat dalam longkang

Salakan anjing bawa penemuan mayat dalam longkang

ALOR SETAR: Seorang wanita yang sedang bersenam terkejut apabila anjing peliharaannya yang dibawa bersama tiba-tiba menyalak sebaik tiba di kawasan longkang berair di Taman Derga Jaya, di sini lewat petang semalam.

Wanita terbabit, Lee Ming Ching, 51, berkata, beliau kemudian menghampiri kawasan sebelum mendapati terdapat mayat seorang lelaki di bawah penutup besi longkang berkenaan.



Sebaik tiba di satu kawasan, beliau berkata, anjingnya menghidu sesuatu sebelum mengorek tanah di kawasan itu.

“Saya tak sedap hati dan menyangka anjing saya mengesan biawak dan berkelakuan pelik apabila enggan pulang walaupun sudah beberapa kali ditarik.

“Hairan dengan tingkah laku anjing, saya menjenguk di satu kawasan longkang berpenutup besi sebelum ternampak satu mayat lelaki dalam keadaan tertiarap,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini malam tadi.

Berikutan itu, wanita berkenaan kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu.



Berikutan itu, pasukan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah turut ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan di kawasan penemuan mayat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 7.25 malam.

Beliau berkata, saksi kejadian itu menemui mayat lelaki berkenaan pada jam 6.30 petang sewaktu berjalan kaki sambil bersenam bersama anjingnya sebelum anjingnya tiba-tiba menyalak.

“Saksi kemudian menarik anjingnya untuk pulang tetapi haiwan peliharaannya itu terus menyalak dan membawanya semula ke longkang berkenaan.



“Saksi kemudian membuka penutup besi itu sebelum ternampak mayat lelaki dalam keadaan tertiarap dalam longkang berkenaan dan mendapatkan bantuan serta menghubungi polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siti Nor Salawati berkata, isteri dan anak kepada mangsa kemudian tiba di tempat kejadian untuk mengecam mayat berkenaan sejurus selepas itu.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan anak mangsa, bapanya yang berusia 58 tahun itu menyerahkan semua barang peribadinya iaitu Mykad, kad bank serta beg duit kepada ibunya dan dipercayai keluar rumah sekitar jam 3.30 petang semalam tetapi tidak memaklumkan hendak ke mana.

“Mangsa mempunyai sejarah sakit parkinson dan mengalami masalah mental lebih kurang 13 tahun.



“Hasil pemeriksaan awal mendapati tidak ada sebarang unsur jenayah ditemui terhadap mayat mangsa sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya. BH

Salakan anjing bawa penemuan mayat dalam longkang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC



Hartawan kelahiran Malaysia CEO terima gaji tertinggi di Amerika

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker