Bukan saya yang kahwin, kata Erra Fazira

Seawal pagi ini, artis popular tanah air, Erra Fazira tidak menang tangan melayan panggilan dan mesej di telefon.
Sebilangan besar daripada pemanggil yang merupakan kaum keluarga, sahabat karib dan wartawan menghubunginya bagi mengucapkan tahniah di atas ‘pernikahan’ yang berlangsung hari ini.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek yang pada awalnya tergamam kerana menerima ucapan tahniah bertalu-talu itu akhirnya dimaklumkan khabar gembira itu berkaitan dengan seorang lagi wanita yang mempunyai nama serupa dengannya mengikat tali perkahwinan.

Kata penyanyi dan pelakon masyhur itu, sekalipun bukan dia yang bernikah, namun, berita gembira mengenai wanita lain yang kebetulan sama nama dengannya itu disambut dengan penuh kesyukuran.

“Ya Allah saya sibuk melayan panggilan ramai. Penat sebenarnya nak menjawab bukan saya yang menikah tapi ‘Érra Fazira’ lain. Lucu juga bila kenangkan semula,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Erra yang pernah melonjak kemasyhuran menerusi filem Sembilu, Maria Mariana dan banyak lagi berkata demikian sebagai mengulas laporan berita seorang wanita bernama Erra Fazira melangsungkan pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi tadi.

Dalam masa sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakari memuat naik ucapan tahniah kepada Erra Fazira dan suaminya ketika mengadakan tinjauan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) majlis akad nikah oleh pihak berwajib.

Menurut Erra yang juga popular dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu, sebagai saudara muslim, dia secara peribadi mendoakan perkahwinan ‘Érra Fazira’ dan suaminya itu akan dirahmati oleh Allah SWT.

“Seperti orang lain saya juga sangat gembira bila mendengar berita pernikahan seperti ini. Nasihat saya, jalani kehidupan rumah tangga dengan penuh kegembiraan serta saling menghasihi antara satu sama lain.

“Semoga ‘Erra Fazira’ dan suaminya menjalani alam rumah tangga dengan rahmat Allah SWT,” ujar Erra, 46, yang juga ibu kepada seorang cahaya mata. Awani

Akhirnya Erra Fazira selamat diijabkabulkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker