Ibrahim, Dira dilantik Speaker, Timbalan Speaker DUN Melaka

Ibrahim, Dira dilantik Speaker, Timbalan Speaker DUN Melaka

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar, dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15.

Khaidhirah atau Dira, 37, dilantik pada Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama DUN Melaka Ke-15, hari ini, selepas namanya dicadangkan oleh ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dan disokong ADUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.



Dira yang juga anak bekas Ketua Menteri Melaka, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Isnin, memiliki Ijazah Sarjana Dasar Awam dari Universiti Malaya dan berkecimpung dalam dunia seni sebelum mula aktif di arena politik negara pada 2015.

Terdahulu bekas EXCO, Datuk Ibrahim Durum, dilantik sebagai Speaker DUN Melaka Ke-15, selepas menjadi satu-satunya nama dicadangkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Cadangan itu disokong oleh EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), V P Shanmugam.

Ibrahim dalam ucapan sulungnya sebagai Speaker, berjanji akan menjalankan tugas dengan adil serta saksama, dan berusaha sebaik mungkin untuk menunaikan tanggungjawab atas lantikan itu.



“Saya akan berlaku adil dan saksama dalam menjalankan tugas. Sekiranya saya tidak berlaku adil, bermakna saya juga tidak berlaku adil kepada rakyat yang membuat pemilihan dalam pilihan raya yang lalu.

“Terima kasih serta penghargaan kepada semua ahli Yang Berhormat kerana mengambil keputusan memilih dan berkecuali dalam pelantikan Speaker DUN pada pagi ini.

“Kepada Yang Berhormat Ahli DUN pula, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan syabas atas terpilihnya Ahli Yang Berhormat mengikut DUN masing-masing,” katanya.

Pada sidang itu, seramai 20 ADUN mengangkat sumpah jawatan di hadapan Speaker dengan upacara diketuai Sulaiman, disusuli barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan barisan pembangkang.



Bagaimanapun, beberapa ADUN tidak hadir untuk mengangkat sumpah pada sidang hari ini. BH

Ibrahim, Dira dilantik Speaker, Timbalan Speaker DUN Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker