Wajar pertimbang bantuan khas RM5,000 untuk keluarga terjejas banjir

Wajar pertimbang bantuan khas RM5,000 untuk keluarga terjejas banjir

KUANTAN: Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar mempertimbang bantuan khas RM5,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas ekoran banjir kali ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, banjir kali ini termasuk di Temerloh khususnya buat penduduk yang tinggal berdekatan sungai menyaksikan ramai mangsa kehilangan sepenuhnya harta benda.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh berkata, arus air terlalu deras dan cepat naik sehingga rata-rata mangsa banjir terlibat tidak sempat menyelamatkan peralatan rumah.

“Ekoran musibah ini, ia menyukarkan mereka untuk bangkit semula kerana belum pun berakhir kemelut ekonomi dihadapi rakyat kesan penularan Covid-19, kini diuji pula dengan banjir.

“Saya berpandangan, adalah wajar kerajaan Pusat dan Perdana Menteri mempertimban bantuan khas RM5,000 untuk setiap keluarga terlibat.

“Ini kerana, rata-rata mangsa adalah golongan berpendapatan rendah dan memerlukan bantuan kerajaan bagi memulihkan kembali kehidupan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri berkata, dengan RM5,000 itu nanti, membolehkan mereka membeli peralatan rumah yang rosak seperi periuk nasi elektrik, televisyen, mesin basuh dan peti ais.

“Saya percaya, mangsa terlibat akan berhemah dalam perbelanjaan wang itu demi memulihkan kehidupan mereka. Apa yang penting kerajaan perlu segera membantu rakyat untuk bangkit semula.

“Tangguhkan sementara projek-projek mega yang ingin dilaksanakan seperti projek 5G dan beri tumpuan penuh kepada membantu rakyat yang terjejas teruk ekoran musibah banjir kali ini.

“Saya percaya, dengan bantuan RM5,000 itu akan memberikan senyuman kepada mangsa terlibat kerana ia begitu diperlukan mereka untuk kembali bangkit,” katanya. Utusan

Wajar pertimbang bantuan khas RM5,000 untuk keluarga terjejas banjir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker