Najis tikus bersepah dan kotor, restoren ‘itik gantung’ arah tutup

Keadaan dapur sebuah premis yang diarahkan tutup kerana masalah kebersihan. Foto DBKL

Lantai berminyak, berdaki hitam serta dipenuhi najis tikus dibahagian dapur, malah bahan mentah turut dibiarkan di lantai.

Itu antara kesalahan yang berjaya dikesan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika melakukan Operasi Sepadu Bersih (OSB) di beberapa premis sekitar ibu kota, Rabu lalu.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook, DBKL berkata, operasi tersebut melibatkan 32 anggota kesihatan dan sebanyak 64 buah premis telah dilawati, manakala 48 premis diperiksa.

Jelas DBKL, 16 premis juga didapati tutup semasa operasi dilakukan.



“Sebuah premis ditutup semasa operasi dilakukan kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan. Tindakan dibuat dibawah Undang-Undang Kecil 28 (1) Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.

“Ini kerana premis didapati meletakkan kerusi meja di siar kaki lima premis, bahan mentah diletak di atas lantai (kurang 20cm dari paras lantai) serta lantai dinding dapur kotor berdaki hitam dan berminyak,” katanya.

Tambah DBKL, premis itu juga didapati tidak memasang perangkap minyak, terdapat urungan najis tikus/lipas di bahagian dapur, pengendali makanan tidak mendapatkan suntikan Typhoid.

Selain itu katanya, pemilik premis turut menjalankan aktiviti mencuci pinggan mangkuk di belakang premis serta tidak mempamerkan lesen perniagaan dari Datuk Bandar Kuala Lumpur.



Mengulas lanjut, DBKL berkata, sebanyak
60 kompaun melibatkan Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan empat kompaun melibatkan Undang-undang Kecil Pengendali Makanan turut dikeluarkan ke atas beberap premis lain.

“Selain itu, DBKL turut mengeluarkan masing-masing satu kompaun melibatkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine



Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker