Selepas Mierul, Qasrina dikaitkan dengan Nadhir pula

Pelakon Qasrina Karim tidak melatah apabila namanya dikaitkan dengan satu demi satu pelakon lelaki.

Selepas dikaitkan dengan Mierul Aiman selepas digandingkan menerusi drama Ustaz Instant Ustazah Scammer, pelakon berusia 27 tahun itu kini dikatakan akrab dengan Nadhir Nasar.

Semuanya gara-gara Qasrina dan Nadhir digandingkan dalam drama terbaharu, My Famous Ex-Boyfriend yang bakal menemui penonton bermula 23 Oktober ini di Astro Ria.



“Mungkin kerana saya sedang berlakon dengan Nadhir, memang banyak babak bersama jadikan kami lebih akrab.

“Bagi saya, ia perkara biasa apabila seseorang pelakon wanita sering dikaitkan dengan pelakon lelaki yang bergandingan dengannya.

“Sebelum ini, saya dikaitkan dengan Mierul dan kini bersama Nahdir pula,” katanya yang membawa watak Sameera dalam drama adapatasi novel arahan Hadif Omar itu.

My Famous Ex- Boyfriend adalah drama pertama Qasrina dalam sisi lebih matang.



Sebelum ini, Qasrina berkata, dia banyak membintangi drama untuk Astro Ceria, tetapi ini kali pertama diberi tanggungjawab menerajui drama percintaan dan kali kedua bekerja dengan Hadif.

Sementara itu, berbicara mengenai wajahnya yang sering dikaitkan dengan Mira Filzah sehingga ada yang meramalkan tidak mampu bertahan lama dalam bidang lakonan kerana sering dibayangi pelakon wanita itu.

Qasrina berkata, ini kali pertama mendengarnya, namun enggan membebankan fikirannya dengan terlalu memikirkan perkara berkenaan.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai masa depan sebab kita pun tak tahu industri kita ke depan macam mana.



“Saya hanya mahu buat yang terbaik. Mengenai disamakan dengan Mira sebenarnya saya sudah lali dengan perkara itu.

“Kami pernah berjumpa dan memang Mira akui wajah kami ada persamaan. Tapi kalau tengok betul-betul personaliti kami berbeza dan harap orang nampak perbezaan itu.

“Sebenarnya kami berbeza walaupun nampak sama dan tiada siapapun cuba tiru sesiapa,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker