Saya tak reka cerita cubaan menculik – Lufya

Saya tak reka cerita cubaan menculik – Lufya

Pelakon, Lufya menafikan dia sengaja melambat-lambatkan membuat laporan polis dan sengaja mereka cerita anaknya, Laana Haura, 5, cuba diculik di sebuah taman permainan di Kota Damansara, baru-baru ini.

Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar berkata, tiada istilah cuba cuba membuat drama atau mengada-adakan cerita kerana melengahkan urusan membuat laporan polis.



Katanya, ini adalah soal nyawa yang bukan boleh diperjudikan.

“Ada segelintir pihak yang bersifat negatif kerana saya lambat membuat laporan polis. Saya mempunyai anak dan dalam masa yang sama saya dapatkan rawatan terlebih dulu kerana itu lebih penting,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara jam 6 pagi semalam.

Lufya berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak menuding menyalahkan mana-mana pihak di atas cubaan menculik terhadap anak perempuannya itu.

“Mengenai siapa yang melakukan keganasan dan cuba menculik itu kita serahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.” katanya.



Pada insiden jam 4 petang, Ahad lalu itu, Lufya mendakwa seorang lelaki berbadan besar memukulnya dengan teruk ketika cuba menyelamatkan anaknya.

Lufya turut mendedahkan niatnya berkongsi insiden itu di Instagram sebagai langkah berhati-hati kepada golongan wanita terutama yang bergelar ibu dan mempunyai anak.

“Selalunya golongan wanita dianggap lemah, jadi ada ilmu mempertahankan diri. Dengan izin Tuhan, saya dapat melawan sekali gus menyelamatkan anak.

“Manusia zaman sekarang sanggup buat perkara keji dan semakin hilang perikemanusiaan,” katanya. HM



Saya tak reka cerita cubaan menculik – Lufya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar



Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker