Tolak pakatan baharu pelbagai jenama – Presiden PAS

 

KUALA LUMPUR: Sebarang usaha membentuk pakatan baharu dengan pelbagai jenama perlu ditolak dalam keadaan Muafakat Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) baru ditubuhkan.

Ibarat menyemai benih baharu, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata apa yang diharapkan ialah tanaman terus hidup dengan subur.



“Kita baru menubuhkan MN dan PN, laksana menanam benih yang baru tumbuh dengan subur.

“Maka cadangan lain adalah tumbuhan liar yang mesti dihapuskan atau makhluk perosak yang wajib dimusnahkan,” katanya dalam satu hantaran menerusi akaun Facebook rasminya, hari ini.

Hadi menegaskan, perpaduan sedia ada wajib dipertahankan, sejajar usaha menyatukan umat Islam menerusi penubuhan MN yang diasaskan oleh PAS dan UMNO.

“MN terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dijemput selepas itu.



Penubuhan Majlis Presiden PN cadangan UMNO – Ahmad Maslan

“Ini diikuti penubuhan Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan parti di Malaysia,” katanya.

Beliau menjelaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berasaskan piagam yang dimeterai secara persefahaman sebelum diperkemaskan secara berperingkat, berasaskan konsep Islam agama rasmi Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan.



Melalui PN, katanya, acuan Islam ingin dikembalikan semula selepas dilupakan.

“Jangan jadi Melayu yang mudah lupa kerana meninggalkan Islam, jadilah Melayu Islam yang sempurna dengan aqidah, syariat, akhlak dan integriti bersama kaum dan penganut pelbagai agama berkonsepkan adil kepada semua dalam masyarakat majmuk.

“Acuan perpaduan inilah yang boleh menegakkan umat yang selamat di dunia dan akhirat.

“Maka adalah haram kita memilih acuan akal manusia yang sempit sekadar menyelamatkan diri, puak dan kedudukan masing-masing, bukannya berwadahkan umat yang besar dan wawasan yang jauh daripada dunia sehingga akhirat,” katanya.



Pak Long Mail nafi terlibat penubuhan parti baru

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker