Kenyataan Rais Yatim adalah penghinaan pada anak muda – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) menyelar tindakan Tan Sri Rais Yatim yang mendakwa kononnya ada pelbagai kekangan untuk melaksanakan undi 18 tahun.

Pengerusinya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara itu sebagai meremehkan anak muda berumur 18 tahun ke atas melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

Dalam satu kenyataan menerusi Facebook, Asyraf Wajdi yang juga Ketua Pemuda UMNO menegaskan apa diperkatakan Rais itu bertentangan dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini.

“Ini pastinya bertentangan dengan kenyataan Menteri Undang-undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada 3 November lalu yang menjelaskan di Parlimen bahawa pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik dapat dilaksanakan selewat-lewatnya Julai tahun ini.

Siapa Rais Yatim Nak Ajar Tok Mat Hasan?

“Pemuda Barisan Nasional merasakan semacam wujud usaha untuk menggagalkan undi 18 automatik ini yang hakikatnya telah diluluskan setelah dipinda Perlembagaan dengan undian sebulat suara di Parlimen,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Asyraf mendesak kerajaan supaya segera mennyatakan pendirian serta menjelaskan status perlaksanaan undi 18, agar rakyat terutamanya generasi muda tidak berasa terhina atau dikhianati dengan kenyataan bercanggah daripada pemimpin parti pemerintah.

Terdahulu, Rais mengeluarkan kenyataan bahawa kelayakan mengundi pada pilihan raya umum di usia 18 tahun tidak dapat diteruskan walaupun Dewan Rakyat sudah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Jelas beliau, ini kerana, pelbagai kekangan ke arah pelaksanaannya sebelum negara ini benar-benar bersedia membenarkan pendaftaran pengundi seawal usia itu.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker