Wajib Rayu Keputusan Kalimah Allah, Noktah

DEMI Melayu, demi Islam atau yang satu genre seumpamanya sering sangat didendangkan ahli politik Malaysia.

Sebab itu makin hari, makin ramai golongan di luar kepompong parti skeptikal dengan dendangan tersebut yang bagi mereka terlalu klise.

Namun, ini kalilah peluang kepada parti politik membuktikan ‘demi Melayu, demi Islam’ bukan sekadar retorik menambat sokongan pengundi kaum majoriti.



Ini selepas dalam tahun ini sahaja terdapat tiga, empat keputusan mahkamah sivil yang menyentuh langsung kepentingan umat Islam.

Sebahagian daripadanya menuntut ahli-ahli Parlimen Islam untuk lakukan sesuatu agar perundangan syarie negara mempunyai makna – bukan sekadar mentadbir nikah dah cerai.

Jika itu, apalah guna Perlembagaan Persekutuan yang dirangka lebih enam dekad lalu mempateri kemas kedudukan Islam menerusi Perkara 3 (1) sebagai agama Persekutuan.

Mengeluar kenyataan menyentuh keputusan hakim juga tidak membantu, kerana di hadadapan mereka ada isu perundangan yang dilihat dari kaca mata undang-undang.



Ini bukan masanya ‘melabel’ mereka yang tidak bersetuju dengan pandangan kita seperti mana politik 80-an.

Era ini mementingkan tindakan, lihat sahaja Ebit Lew disanjung kerana cepat bertindak apabila berbangkit permasalahan rakyat yang meresahkan.

Namun, soal perundangan syarie, Ebit Lew tiada kuasa sebaliknya yang mampu mengubah adalah wakil-wakil rakyat Melayu dan Islam yang mempunyai kedudukan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jika peruntukan Perlembagaan Persekutuan sendiri perlu dipinda agar mempunyai peruntukan lebih jelas soal kedudukan Islam yang tinggi, lakukanlah.



Memang memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan, tetapi ini lah masanya. Bukan sekarang, bila lagi.

Tak guna sekadar menakut-nakutkan penngundi Islam dengan parti tertentu andai pemimpin Islam dan Melayu sendiri gagal bawa perubahan yang sepatutnya menerusi kuasa di badan perundangan.

Sahutlah inisiatif dibawa seorang peguam kanan, Lukman Sheriff yang menganjurkan petisyen supaya pindaan Perlembagaan dipinda.

Ini rentetan daripada keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini berhubung peruntukan jenayah seks luar tabii dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang diputuskan tidak sah.



Sebabnya tafsiran Perlembagaan berhubung kuasa jenayah adalah urusan Persekutuan dan peringkat DUN tiada kuasa gubal perihal jenayah yang sama.

Dan dalam kehangatan kes Iki Putra itu, umat Islam dikejutkan pula keputusan Mahkamah Tinggi semalam berhubung kebenaran penggunaan empat kalimah termasuk Allah oleh bukan Islam.

Sangat tersentak hinggakan seorang peguam kanan terkemuka, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam hantaran di Facebooknya menggunakan istilah ‘salah satu titik hitam yang tertumpah dalam usaha memartabatkan perundangan Islam’.

“Wajib rayu” kata Zainul Rijal – beberapa jam lebih awal sebelum Muafakat Nasional keluar kenyataan gesa kerajaan rayu keputusan berkenaan. Kenyataan parti lain pula masih ditunggu, mungkin nak bincang dulu macam badan eksekutif.



Justeru, walaupun bukan seperti pemimpin politik Melayu yang meratib ‘demi Islam dan demi Melayu’, pandangan peguam itu sangat jelas dalam isu berkenaan dan ramai lagi sepandangan dengan beliau.-UTV

Kalimah Allah: Jika Kerajaan Gagal Bertindak, Umat Islam Sedia Turun ke Jalan Raya – Razlan Rafii



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker