PAS beracun, ancam demokrasi negara – Prof Agus Yusoff

Pengundi perlu menolak Pas yang didakwa ekstrem dan beracun sehingga boleh mengancam demokrasi, kestabilan politik dan keharmonian kaum dalam negara.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff mendakwa, ini kerana pemikiran pemimpin dan pengikut parti itu tertutup dalam menerima pendapat serta pandangan orang lain.

Dakwa beliau, ada ketikanya, mereka memberi maklum balas di luar kewarasan akal mengenai sesuatu isu.



“Contohnya, kepimpinan Pas di Kelantan mencadangkan rakyatnya menggali telaga apabila mendapat rungutan berhubung masalah air.

“Rakyat merungut air bersih tidak ada, pemimpin parti berkenaan kata air Kelantan banyak, boleh diambil di sungai Kelantan, biarpun airnya keruh macam teh tarik tapi bukan najis dan sah digunakan untuk ambil wuduk,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Jumaat.

Menurut Mohammad Agus, beliau mengikuti perjalanan parti itu sejak di universiti pada 1980-an dan mendapati ia bertoksik yang kini sudah beracun sekali gus membahayakan kestabilan serta kemakmuran negara.

“Kita tengok sahaja apabila rakyat Kelantan merungut tentang jalan sesak. Mereka kata apa masalahnya, hanya dua kali setahun sahaja balik bercuti raya.



“Sedihnya jawapan tersebut. Pemimpinnya enggan mengakui kelemahan,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker