Bakal suami Puteri Sarah?

Bakal suami Puteri Sarah?

Kemesraan pelakon, Puteri Sarah Liyana, 38, bersama pelakon dan ahli perniagaan dari Indonesia, Andi Arsyil Rahman, 36, ketika membuat siaran langsung di TikTok mencuri perhatian netizen di media sosial.

Malah, aksi spontan Puteri Sarah yang terus menunjukkan isyarat tangan ke arah Andi ketika ditanya netizen ‘di manakah suaminya’ ketika siaran langsung itu terus mengundang spekulasi dalam kalangan netizen mengenai hubungan mereka.



Walaupun sebelum ini Puteri Sarah menafikan dia dan Andi menjalin hubungan cinta seperti digosipkan, namun netizen tetap mendoakan semoga pasangan ini bertemu jodoh.

Menurut Puteri Sarah, dia dan Andi sekadar berkawan rapat kerana mereka adalah rakan kongsi perniagaan yang kini dijalankan di negara jiran itu.

Sementara itu, tinjauan di TikTok, rata-rata netizen menganggap Puteri Sarah dan Andi pasangan sepadan dan sekali gus mendoakan semoga mereka akan bertemu jodoh.

“Sweet Couple,” komen netizen.



“Semoga berjodoh,” komen seorang lagi netizen.

“Semoga Puteri Sarah mendapat kebahagiaan yang sebenar,” komen seorang netizen lagi

Terdahulu, tular di media sosial gambar tangan ‘lelaki misteri’ yang dimuat naik Puteri Sarah di Instagram.

Menurut Puteri Sarah, jejaka berkenaan adalah pelakon dari Indonesia dan rakan kongsi perniagaannya itu.



Pada 14 Jun lalu, Puteri Sarah sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof, 39, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. HM

Bakal suami Puteri Sarah?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia raba dada saya – Sarimah

Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi



Tudung Nelydia Senrose terbang?

Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker