Kisah Umar al-Khattab r.a. menggunakan tongkat untuk menyebat syaitan

Kisah Umar al-Khattab r.a. menggunakan tongkat untuk menyebat syaitan

Di zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, beliau pernah menggunakan tongkat untuk memukul kepala seorang yang sedang dirasuk oleh syaitan. Orang itu bercakap-cakap mengenai sesuatu yang bercanggah dengan Islam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau memukul terus kepala orang tersebut sehingga berdarah dan akhirnya syaitan tersebut keluar. Keganjilan sifat dan sikap orang tersebut juga telah hilang dan menjadi normal semula.



Imam Ahmad Ibnu Hambal menggunakan pukulan kasutnya untuk merawat orang yang kerasukan syaitan. Kaedah yang digunakan oleh beliau digunakan oleh sesetengah muridnya, terutamanya sesudah kewafatannya. Ibnu Taimiyah menggunakan tongkat untuk memukul pesakit yang dirasuk oleh syaitan. Para muridnya juga menggunakan kaedah yang sama.

Rawatan sebat di beberapa negara lain

Pada bulan Ogos 2008, penulis bersama rombongan mengadakan lawatan ke Uzbekistan. Kami sempat mengunjungi timbalan mufti Uzbekistan, Syeikh Anwar. Dalam pertemuan itu, Syeikh Anwar menegaskan bahawa kaedah memukul pesakit dengan rotan digunakan juga oleh sesetengah orang di Uzbekistan untuk merawat pelbagai penyakit.

Kaedah merotan pesakit juga digunakan di Mesir. Ada beberapa pelajar Universiti Al-Azhar yang mengambil kesempatan belajar kaedah rawatan memukul pesakit. Di Asia Tenggara terutamanya di Sumatera, kaedah memukul pesakit juga telah digunakan. Di Malaysia kaedah pukulan tersebut penulis temui digunakan oleh seorang perawat di Melaka.



Kebaikan yang terhasil melalui kaedah rawatan yang diperkenalkan Islam ini turut menarik perhatian masyarakat bukan Islam. Bahkan ada dikalangan sami Buddha di Tibet menggunakan kaedah pukulan untuk merawat pelbagai penyakit.

Seorang rakyat Malaysia keturunan Cina bernama Wu Cheng Guang berusia 72 tahun mempelajari kaedah merotan di Tibet dan beliau telah membuka sebuah klinik khusus di Singapura yang menawarkan rawatan merotan pesakit.

Di Soviet Union, kaedah merotan digunakan untuk merawat penagih dadah. Ketagihan dadah akan dapat dipulihkan setelah beberapa sesi rawatan dibuat. Dalam The Siberian Times, ada berita bergambar yang menunjukkan doktor merawat penagih dadah dan zina dengan memukul bahagian belakang tubuh dengan rotan. Wallahu a’lam Utv

Oleh: Dr. Haji Jahid bin Haji Sidek, Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Budi Malaysia dan Pengasas Pusat Rawatan Islam MANARAH



Kisah Umar al-Khattab r.a. menggunakan tongkat untuk menyebat syaitan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)



Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun



Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker